Category Archives: Bengkel Aneka Masakan

Bengkel / kelas pelbagai jenis masakan

25117 1

Selamat Bersua Kembali

As Salam semua…

Terlebih dahulu saya nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru  2015. Lamaaaaanya saya tidak menulis kan ! Maaf lah banyak-banyak ye, saya tahu ramai yg tertunggu-tunggu cerita-cerita dan resepi-resepi dari saya.  Saya harap pada tahun baru ini dan akan datang datang, Allah kurniakan saya kelapangan untuk saya menulis lebih kerap & banyak lagi.  Saya juga mengharapkan doa dari semua agar saya sentiasa diberikan nikmat kesihatan.

Saya juga berharap dengan bantuan dan tunjuk ajar dari sifu legend saya MB @ Izzue Islam http://www.melastikbintang.com/ kerja-kerja perkongsian saya ini akan menjadi lebih mudah & menarik. Baik lah untuk tahun baru 2015 ini, saya ada beberapa kelas baru yang sangat menarik dan pastinya LAZAT BERKHASIAT.

Sebagai pembuka acara, saya tampilkan kelas baru di tahun baru.

  • Bengkel Masakan Set Nasi Ayam Penyet
  • Tarikh 7 Feb di Chef Amer Academy, Klang
  • Yuran RM300
  • Menu :
Nasi Kukus, Ayam Penyet, Sambal Terasi, Ulam, Tempe & Tauhu Goreng

Nasi Kukus, Ayam Penyet, Sambal Terasi, Ulam, Tempe & Tauhu Goreng

1.  Nasi Rebus Beras Wangi Chintamani   – Belajar cara  memasak nasi teknik rebus yang menghasilkan nasi yang lembut, genu & peroi.
2.  Ayam Goreng Penyet Surabaya – Menyediakan ayam penyet asli dari Surabaya dari cara penyediaan bahan, memerap, mengukus hingga lah menggoreng.
3.  Sayur Asem Yang Memang Awesome – memasak sayur asem yang menggabungkan pelbagai jenis sayur seperti buah belinjo, jagung, kacang, labu air & lain-lain.
4. Terung Goreng Berlado..err Kau Ado..? – Menyediakan terung goreng berlado yang sememangnya terkenal dengan sambal berladanya.
5.  Tauhu & Tempe Goreng – Menyediakan tauhu & tempe goreng garing yang menjadi menu sampingan.
6.  Sambal Terasi Yang Senseksi – Pelajari resepi sambal terasi asli yang menggunakan ‘cowek’ bukan cewek ya, iaitu sejenis lesung batu leper yang saya terbangkan khas dari Jawa.
7. Sambal Kecap Zahir Tak Terucap - Ini adalah sambal kicap yang menjadi pelengkap kepada hidangan set nasi ayam penyet ini.

  • Bengkel Masakan Steamboat & Grill
  • Tarikh 8 Feb di Chef Amer Academy, Klang
  • Yuran RM300
  • Menu :

SET STEAMBOAT & GRILL - BLOG

1.  Surimi  - Pelajari teknik membuat surimi dari ikan segar yang boleh dibentuk menjadi fish ball, fish cake dan pelbagai bentuk lagi.

2.  Surimi Bersayur – Surimi yang dicampurkan dengan carrrot, cili & daun sup lalu disumbatkan ke dalam sayur cili, bendi, peria, terung dan lain-lain.
3.  Ayam Panggang Teriyaki – Menyediakan ayam yang diperap dengan sos teriyaki untuk dipanggang.  Pelajari juga cara membuat sos teriyaki yang sangat mudah & HALAL.
4.   Daging Panggang Black Pepper – Cara memerap daging daging dengan sos lada hitam yang sungguh enak bila dipanggang.
5.  Sos Hitam Manis – Menyediakan sos hitam yang manis & pedas dari campuran pelbagai bahan yang boleh dijadikan sos untuk Yong Tau Fu.
6.  Sos Cili – Merupakan sos yang diperbuat dari cili merah segar sebagai pencicah untuk semua makanan steamboat itu nanti.

 Untuk tahun baru baru 2015 ini saya juga ada hadiah istimewa untuk semua peserta.  Dalam setiap kelas akan ada sesi ‘Mangkuk Berhayun’ iaitu sesi cabutan nombor bertuah yang diambil dari susunan nombor pada borang borang pendaftaran.  Peserta yang terpilih akan mendapat hadiah satu KELAS PERCUMA di tempat tersebut. Amacam…tentu anda suka kan ?