CHEF AMER

Mula memasak sekitar usia 10 tahun, Chef Amer Hamzah Ahmad berasal daripada keturunan yang menjalankan perniagaan berkaitan masakan. Bermula belajar dari ibunya tentang masakan lauk-pauk & membuat kuih muih, manakala bapa melatihnya memasak untuk majlis kenduri kahwin yang pastinya nasi briyani gam serta lauknya.
Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dihantar ke Singapura untuk belajar sambil bekerja dengan saudara mara yang mengusahakan perniagaan makanan di sana, bermula dari membeli bahan mentah di pasar, mengenali ikan, daging & rempah ratus, cara memasak, menghidang hinggalah kepada menjual. Latihan sejak kecil ini menjadi asas kepada kerjayanya sekarang.
Chef Amer memperolehi Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)pada 1991 sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang coklat & konfeksioneri di ZDS, Solingen, German. Beliau merupakan seorang anak didik kepada World Master Chocolatier – Jean-Pierre Wybauw. Selain itu dia mendalami ilmu & menjalani latihan di Holland, Belgium, Swisszerland & Singapura.
Kerjaya pertamanya bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) membabitkan penyelidikan & pembangunan pemprosesan koko bermula dari mengenali biji koko, pemeraman koko, pengeringan, pengredan koko hinggalah kepada menghasilkan coklat.
Pada tahun 2001, dia memulakan kerjaya dalam bidang industri dengan membangunkan perusahaan coklat bersama Fidani Chocolatier Sdn Bhd yang kini merupakan pengeluar coklat buatan tangan terbesar di Malaysia. Selain mencipta coklat untuk jenama syarikat iaitu Danson, Farell’s & Fidani, dia juga diberikan kepercayaan mencipta coklat untuk syarikat terkenal seperti Van Houten, Famos Amos Malaysia, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selain pasaran eksport seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Timur Tengah & banyak lagi.
Chef Amer juga sering diminta untuk menyediakan coklat untuk Sultan, Kerabat Diraja, Perdana Menteri, menteri dan orang kenamaan. Chef Amer turut meraih Anugerah Produk Paling Innovatif kerana ciptaan coklat durian pertama Malaysia. Chef Amer juga sering diundang untuk mengendalikan program masakan di television & untuk syarikat korporat antaranya:

Inprirasi Koko dari musim pertama hingga keenam di TV2 RTM
Program Jom Sarapan di TV3
Segmen Nasi Lemak Kopi O di TV9
Majalah Jelita & Anjung Seri
Caifornia Raisin
US Potato Board
Elextrolux Malaysia

Selain itu, dia juga aktif menganjurkan kursus & bengkel anjuran Kementerian, Jabatan Kerajaan, Institusi Awam & Swasta. Persatuan & Usahawan seperti:
Uitm
Kolej Damansara Utama (KDU)
GIAT MARA Malaysia
MARA
MARDI
Dengan pengetahuan & pengalaman yang luas serta kemahirannya dalam industri coklat, dia telah dikenali sebagai seorang ‘Chocolate Connoisseur’ atau sifu coklat di Malaysia sehingga menarik minat syarikat pengeluar coklat ‘Le Bourne’ menjadikan beliau sebagai Duta Ekslusif bagi produknya.
Chef Amer juga sering diundang untuk mengadili pertandingan masakan di seluruh pelusuk tanah air

8 thoughts on “CHEF AMER

  1. Samsiah

    Alhamdulillah saya dapt bljr mebuat beraneka jenis choklat dlm sehari di Fast bakery di Kemaman. Bila dapat ilmu…seronok membuat berbagai-bagai citarasa choklat. Baru-baru ini telah dapat mermbuat choklat hanatar berbentuk “love”,siap ada gambar pengantin…Memang seronok dan “happy’..TQ chef Amer. Cuba ralat sikit tak dapat beli buku resipi chef kerana asyik abis stok saje…tak dapatlah tandantangan Chef Amer????

    Reply
    1. admin Post author

      Hai Jaya..

      My Briyani class pd 21 Oktober ni, sila beri nama penuh, email & bank in deposit Rm100 to CIMB 12370001973051 utk mendaftar ya.
      TQ

      Reply
  2. Kak Sal

    Assalamualaikum chef…
    sy tinggal di kuala kangsar,perak.
    chef ada ke buat apa2 program atau kelas buat coklat di kws berhampiran sini. sy amat meminati masakan kek dan coklat ni. buku chef pun sy dh miliki dan dh buat beberapa resepi..alhamdulillah menjadi..
    t.kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>